Monday 5 November 2012

Contoh Soalan Bahasa Melayu

Soalan Bahasa Melayu Tahun 2

Video P&P Bahasa Melayu

Sesi PnP Bahasa Melayu

Aktiviti Citra

Aktiviti MBMMBI 2012 - Citra Bahasa  
SIMPULAN BAHASA(ERTI & AYAT CONTOH)

1.Abang angkat erti: Lelaki yang lebih tua dan tidak mempunyai pertalian kerluarga tetapi dianggap sebagai  

   abang sendiri.   
   Ayat contoh: Lina yang tidak mempunyai abang kandung menganggap Halim sebagai abang angkat.

2.Abu Jahal : erti: Orang yang selalu menentang ikhtiar yang baik.
   

  Ayat contoh: Abdul digelar Abu Jahal kerana dia selalu membantah cadangan-cadangan yang dikemukakan.

3.Abu Nawas: erti: Orang yang bijak mencari helah.

  Ayat contoh: Awak ini tidak ubah seperti Abu Nawas, ada sahaja helahnya.

4.Ada angin : erti : Perangai yang tidak menentu.

  Ayat contoh: Jangan dilayan sangat Ali, dia itu ada angin.

5.Ada bakat: erti :Mempunyai keupayaan semulajadi dalam sesuatu bidang.

  Ayat contoh: Siva memang ada bakat dalam bidang lukisan.

6.Ada gaya : erti: Ada kemampuan atau kebolehan untuk menandingi seseorang.

  Ayat contoh: Dia memang ada gaya untuk berlagak seperti P.Ramlee.

7. Ada hajat: erti : mempunyai niat.

   Ayat contoh: Janganlah ketika ada hajat sahaja baru hendak kunjung-mengunjungantara jiran tetangga.


8. Ada hati: erti : mempunyai perasaan ingin memiliki sesuatu.
   Ayat contoh: Ramu ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri tetapi tidak ada modal yang cukup.

9.Ada jalan: erti: cara untuk melakukan sesuatu.

  Ayat contoh: Ahmad ada jalan untuk menjelaskan hutangnya yang banyak.

10. Air muka: erti: wajah seseorang.

     Ayat contoh: Air muka Lina berseri-seri setelah membaca surat daripada tunangnya.

11. Ajak-ajak ayam: erti ajakan yang tidak bersungguh-sungguh.

     Ayat contoh: Aminah menolak pelawaan Karim kerana dia tahu Karim hanya ajak-ajak ayam sahaja.

12.Akal kancil erti: orang yang pandai menipu.

    Ayat contoh: Dengan akal kancilnya, dia dapat melepaskan diri daripada keadaan yang rumit itu.

13. Alas cakap: erti: Kata pendahuluan sebelum memulakan perbincangan.

     Ayat contoh: Pengerusi majlis mengambil masa untuk beralas cakap sebelum memulakan mesyuarat.

14. Alas dulang: erti: wang hadiah@saguhati

     Ayat contoh: Berilah Atan alas dulang yang setimpal kerana dia telah bersusah payah mencari ubat penawar 

     itu.

15. Alas perut: erti: makan sedikit menghilangkan lapar.

     Ayat contoh: Oleh kerana sudah terlewat, Amin hanya minum kopi sebagai alas perut.

16. Alim-alim kucing: erti: pura-pura baik.

     Ayat contoh: Jangan percaya sangat kata-kata Si Daud, dia hanya alim-alim kucing sahaja.


17. Ambil angin : erti: Bersiar-siar atau berjalan-jalan untuk melapangkan fikiran.
     Ayat contoh: Setelah penat bekerja dia pergi ambil angin di tepi pantai.

18. Ambil berat: erti: mengambil perhatian.

     Ayat contoh: Ibu bapa Minah sangat ambil berat tentang pelajarannya.

19. Ambil hati : erti: rasa kecil hati

     Ayat contoh: Jangan ambil hati dengan kata-kata amran itu anggaplah ia sebagai nasihat.

20. Ambil masa : erti : memerlukan masa.

     Ayat contoh: Untuk menghasilkan kerja yang sempurna anda harus ambil masa.

Carta Organisasi MBMMBI

CARTA ORGANISASI MBMMBI
SK BANDAR PENAWAR

Pengerusi 
Hajah Bibi Sakinah binti Haji Haron Khan

Naib Pengerusi
Hajah Rosnah binti Haji Jupri

Setiausaha
Puan Zainab binti Ismail

Ahli Jawatankuasa

Bahasa Melayu
1. Encik Baharudin bin Aziz
2. En. Mohd Nasir bin Alin
3. Puan Jamyah binti Jamaludin 

Bahasa Inggeris
1. Puan Nor'ain binti Jaafar
2. Puan Zuraida binti Mohamad
3. Puan Yuhana binti Abdul Majid
4. Cik Noor Sufiah binti Mohd Zin

PENTADBIR

Sunday 4 November 2012

Apa itu MBMMBI

Apa itu MBMMBI


Seperti yang kita tahu, MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris adalah fokus utama bagi pendidikan bermula tahun 2012 ini. Pada tahun 2012 ini, MBMMBI akan dilaksanakan dengan lebih agresif di sekolah dan perkara utama yang menjadi teras kejayaan MBMMBI ialah Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI.


Definisi MBMMBI
Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu diperingkat nasional dan antarabangsa.

Mukadimah

Assalamualaikum dan SELAMAT DATANG ke Laman Blog MBMMBI SK Bandar Penawar.

Tidak ada hakcipta terpelihara untuk ilmu yang datangnya dari Maha Esa.  Bahkan kita dituntut untuk menyebarkan apa yang kita tahu. Maka sebarkanlah apa saja yang anda fikirkan perlu disebarkan. Tidak perlu link kembali atau minta izin.  Apa yang anda baca di sini hanyalah maklumat. Ianya akan menjadi ilmu yang manfaat apabila diamalkan. Dan jika kita sampaikan ilmu yang kita ada kepada orang lain, maka Allah akan menganugerahkan kepada kita ilmu yang belum kita tahu.
         Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog ini. Sudi juga kiranya kalau dapat, meninggalkan kata dua untuk pedoman kami, juga untuk pengunjung yang bakal datang. Semoga kita sentiasa berada di dalam kesejahteraan.