Monday 5 November 2012

Aktiviti Citra

Aktiviti MBMMBI 2012 - Citra Bahasa  
SIMPULAN BAHASA(ERTI & AYAT CONTOH)

1.Abang angkat erti: Lelaki yang lebih tua dan tidak mempunyai pertalian kerluarga tetapi dianggap sebagai  

   abang sendiri.   
   Ayat contoh: Lina yang tidak mempunyai abang kandung menganggap Halim sebagai abang angkat.

2.Abu Jahal : erti: Orang yang selalu menentang ikhtiar yang baik.
   

  Ayat contoh: Abdul digelar Abu Jahal kerana dia selalu membantah cadangan-cadangan yang dikemukakan.

3.Abu Nawas: erti: Orang yang bijak mencari helah.

  Ayat contoh: Awak ini tidak ubah seperti Abu Nawas, ada sahaja helahnya.

4.Ada angin : erti : Perangai yang tidak menentu.

  Ayat contoh: Jangan dilayan sangat Ali, dia itu ada angin.

5.Ada bakat: erti :Mempunyai keupayaan semulajadi dalam sesuatu bidang.

  Ayat contoh: Siva memang ada bakat dalam bidang lukisan.

6.Ada gaya : erti: Ada kemampuan atau kebolehan untuk menandingi seseorang.

  Ayat contoh: Dia memang ada gaya untuk berlagak seperti P.Ramlee.

7. Ada hajat: erti : mempunyai niat.

   Ayat contoh: Janganlah ketika ada hajat sahaja baru hendak kunjung-mengunjungantara jiran tetangga.


8. Ada hati: erti : mempunyai perasaan ingin memiliki sesuatu.
   Ayat contoh: Ramu ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri tetapi tidak ada modal yang cukup.

9.Ada jalan: erti: cara untuk melakukan sesuatu.

  Ayat contoh: Ahmad ada jalan untuk menjelaskan hutangnya yang banyak.

10. Air muka: erti: wajah seseorang.

     Ayat contoh: Air muka Lina berseri-seri setelah membaca surat daripada tunangnya.

11. Ajak-ajak ayam: erti ajakan yang tidak bersungguh-sungguh.

     Ayat contoh: Aminah menolak pelawaan Karim kerana dia tahu Karim hanya ajak-ajak ayam sahaja.

12.Akal kancil erti: orang yang pandai menipu.

    Ayat contoh: Dengan akal kancilnya, dia dapat melepaskan diri daripada keadaan yang rumit itu.

13. Alas cakap: erti: Kata pendahuluan sebelum memulakan perbincangan.

     Ayat contoh: Pengerusi majlis mengambil masa untuk beralas cakap sebelum memulakan mesyuarat.

14. Alas dulang: erti: wang hadiah@saguhati

     Ayat contoh: Berilah Atan alas dulang yang setimpal kerana dia telah bersusah payah mencari ubat penawar 

     itu.

15. Alas perut: erti: makan sedikit menghilangkan lapar.

     Ayat contoh: Oleh kerana sudah terlewat, Amin hanya minum kopi sebagai alas perut.

16. Alim-alim kucing: erti: pura-pura baik.

     Ayat contoh: Jangan percaya sangat kata-kata Si Daud, dia hanya alim-alim kucing sahaja.


17. Ambil angin : erti: Bersiar-siar atau berjalan-jalan untuk melapangkan fikiran.
     Ayat contoh: Setelah penat bekerja dia pergi ambil angin di tepi pantai.

18. Ambil berat: erti: mengambil perhatian.

     Ayat contoh: Ibu bapa Minah sangat ambil berat tentang pelajarannya.

19. Ambil hati : erti: rasa kecil hati

     Ayat contoh: Jangan ambil hati dengan kata-kata amran itu anggaplah ia sebagai nasihat.

20. Ambil masa : erti : memerlukan masa.

     Ayat contoh: Untuk menghasilkan kerja yang sempurna anda harus ambil masa.

No comments:

Post a Comment